Thursday, September 20, 2007

si kura-kura.. dan arnab putih

Dulu di tepi hutan, tinggal seekor kura-kura jantan hitam yang sangat baik hati dan rajin. Oleh kerana kerajinannya, dia mampu tinggal damai bersama ibu bapanya. Oleh kerana baik hatinya, dia amat disenangi seantero kampungnya.

Satu hari, ketika sang kura-kura duduk melepaskan penat lelah bekerja, lalu seekor arnab betina putih. Sang kura-kura tergamam melihatkan kejadian tuhan yang sangat sempurna lalu dihadapannya.

Namun, sang arnab tidak memperdulikan sang kura-kura.
"Kura-kura hitam. Sudahlah cengkerangnya merekah-rekah. Masakan dia layak untukku!"

Sang kura-kura walaupun merasa terhina, namun dia tetap baik hati.

Moral: ...

No comments: