Wednesday, June 25, 2008

Restoran di Malaysia (ini adalah mengenai pelayan-pelayannya..)

Berjalan masuk ke dalam restoran, sentiasa seronok dan menggelikan hati melihatkan pelayan-pelayannya melayan pelanggan. Lazimnya mereka akan;

1. Beranggapan semua pelanggan dah tahu semua menu (yang mampu) dimasak oleh tukang masak di dapur.

2. Memandang tinggi kebolehan tukang masak memasak apa-apa saja yang diminta/pesan oleh pelanggan.

3. Tidak kira berapa ramai yang duduk semeja, mereka akan tetap memberikan satu menu sahaja. Ini adalah kerana mereka adalah pembela alam sekitar yang cuba sedaya upaya meneruskan operasi restoran dengan meminimumkan penggunaan kertas dengan cara mencetak 1 senarai menu sahaja untuk semua.

4. Jika mahu mereka senyum, tambahan surcaj akan dikenakan dalam bil anda.

5. Harga minyak naik.. (atau) harga bahan besi dan komoditi naik.. (atau) harga tiket bas naik.. (atau) tarif utiliti naik.. (atau) PBT nak jalankan operasi.. (atau) ada desas desus mana-mana tempat ada kenaikan gaji dan bonus (esp kaki tangan kerah-jaan).. HARGA MAKAN PUN MESTILAH NAIK!! -itu aku belum bercakap lagi pasal harga tepung, susu, gula, telur, tauge, senduk naik-

6. I don't like you!.. (therefore you must pay more!)



Seorang blogger menyatakan berdasarkan pemerhatiannya tentang layanan pelanggan yang baik (staf-staf(ground crews) di Lapangan Terbang Orlando); "By reaching out and providing guidance to nearly everyone, they catch most people who need help before the guests even know what to ask for and maintain a really high throughput. High volume and high touch customer support at the same time."

Hmmm.....

1 comment:

Ney Joe said...

harga KFC pon da naik. aku keciwa.