Wednesday, June 4, 2008

Bidadari dan Si Naga Bongkok..

Ahad lepas aku ke Kuala Terengganu..

Mak ajak pergi melawat Masjid Kristal. Abah pun sokong. Aku drive ke Kg Losong.

Sampai Taman Tamadun Islam, aku blur... Keliru dengan identiti Malaysia. Sekeliru dengan si pembuat polisi dan dasar.

Di hujung taman tersergamnya Masjid Kristal.

Aku blur sekali lagi... ada segerombolan pelancong buta di sana. Bukan meminta sedekah. MELANCONG!


Storytelling #1

Aku dapat bayangkan sekembalinya mereka ke rumah, berbual dengan rakan di serambi sambil minum kopi...

"Aku dengar kau pergi Terengganu hari tu? Betul?"

"Ya, best piaww!"

"Aiseh, menyesal aku tak daftar dengan Mak Limah hari tu. Kau pergi mana hari tu?"

"Banyak tempat diorang bawak kitorang. Sampai aku pun tak ingat dah. Tapi yang aku ingat diorang ada cakap-cakap kristal.... kristal... masjid kristal!"

"Huiyoo.. best! kau tengok apa dekat sana? Cantik, tak?"

"Tak taulah.. tak nampak apa pun!"


Huahuahua....


Storytelling #2

Insiden di tandas menyedarkan aku tentang kehidupan insan yang mempunyai kekurangan. Daif. Sangat daif!.

Mereka yang mempunyai kekurangan pancaindera penglihatan teraba-raba untuk menggunakan tandas. Perjalanan yang sangat jauh kukira bilamana proses untuk ke kamar kecil dari pintu masjid itu sejarak 10 meter itu mampu mengambil masa lebih dari 20 menit. Seksanya menahan kucil.

Bertanya-tanya dimana tandas... termangu-mangu dengan keadaan yang asing dan gelap.. teraba-raba arah pintu tandas.. beratur.. teraba-raba dan bereksperimentasi untuk menentukan yang mana satu tandas.. yang mana satu bilik mandi.. yang mana tandas yang dikunci kerana rosak (ingat, mereka ini tidak dapat melihat dan beranggapan perlu menunggu giliran kerana ada orang di dalam)... yang mana satu setor. . dimana lubang tandasnya... Kasihan..

Itu yang lelaki... lebih mudah.

Yang wanita? (saya tiada ditempat kejadian untuk melihat)



Yang sempurna hanya memandang....???

3 comments:

Anonymous said...

yang menulis tu ada gi tolong tak?

zain aziz said...

patronizing me!..

Anonymous said...

no i do not.

stop accusing me of things i didn't do.

:p