Thursday, March 20, 2008

BN @ BA @ Rojak..

Aku tengah tak sabar tunggu untuk tengok...

1. Bawah kerah-jaan mana satu rakyat akan benefit the most.

2. BN jadi kelam kabut tak coz ada team lain yang boleh jadi benchmark prestasi diorang.

3. Kalaulah benar kerah-jaan Pak Lah nak jadi telus, ada tak kes skandal rasuah yang akan meletup atau at least timbul (aku tak teringat mana-mana kes rasuah yang sangat besar spt watergate kat malaysia nih. Nak kata tak ada... Impossible!).

4. BA boleh turunkan harga minyak? Pendidikan percuma sehingga ke universiti?

5. Apa orang UMNO nak kata dalam persidangan yang akan datang. Beranikah Hishamuddin cium keris lagi? Mungkinkah ada yang menyalahkan pengundi yang menyebabkan diorang kalah? Mungkinkah ada statement "blogger adalah monyet!"

6. Apa MCA nak buat untuk tawan balik hati masyarakat cina? Mampukah UMNO buat sebegitu?

7. Apa next step Mahathir dan Anwar?

8. Khairy lagi?

9. The implication of PRU 12 result towards big corporates, SMEs, PBTs, tender awards, Bursa Malaysia.... and the list goes on... and on...

10. Korang rasa PBTs panas bontot dengan kerah-jaan negeri yang baru, tak? Aku benci mereka sebab selalu buat kerja-kerja bodoh!
cth:
-> kes padang permainan layang-layang di tepi jalan sebelah MRR2 Kepong. Bahayanya kalau tiba-tiba layang-layang tu jatuh dan talinya merentas highway. Boleh terbelah tekak mat rempit dek benang layang-layang tu. Buatlah 100 meter lagi ke dalam!
-> untuk kawasan penduduk sebesar 50 hektar dan berkepadatan 1.7 orang sekaki persegi, logikkah padang permainan yang bersaizkan 7000 kaki persegi?
-> Majlis Pembandaran Ampang tak nak bertanggungjawab atas kes Highland Towers?
-> cuba nak memodenkan tempat parking kereta, tapi jarak antara mesin adalah 100-150 meter setiap antaranya?

11. Apa kesan atas infrastuktur/ekonomi kepada negara/negeri/tempatan. kadar bil naik? turun?

12. Apa yang kerah-jaan nak umumkan dalam budget nanti? Cukai? pemberian bajet untuk kontrak? -> macam ku pernah dengar dialog itu berulang-ulang kali.

13. persidangan Dewan Undang Negeri.. kerajaan dominan @ campuran, pasti seronok. Tapi persoalannya bolehkah sehingga jangan rakyat jadi mangsa kat tengah.

14. Siapa lagi yang boleh kawin baru, renovate rumah besar, beli kereta merc, ambil alih kawasan rumah setinggan untuk keperluan sendiri, travel sana sini secara mewah dengan menyedut duit rakyat?

....

aku sambung kemudian..

3 comments:

sare @ syah said...

yg aku suka bile jd rojak ni, bn ada benchmark skang. hehe.

tp yg cuaknye, bleh ke ba kotakan manifesto diaorang tanpa menjejas ekonomi, keamanan kaum etc

kita tunggu dan lihat...jeng jeng jeng...

Anonymous said...

apsal sare comment dlu ar?

aku banyak expectation lepas pru12 ni.

kite tengok dah lihat!!

kj busuk!

zain aziz said...

dia semangat nak kaya dgn online lah caza...

Ahaks!